bila umarak datang...
cuti hari sabtu... fuih...!! zohor dua saf! jerit gua dalam hati. dah lapan tahun gua kenal surau gua ni, bulan posa pun susah nak dapat full satu saf bila sembahyang zohor. gua pun terus masbuk (iman lemah.. tak dapat takbiratul-ula). lepas doa.. salam pusing. gua tengok memuka yang setahun nak dapat sekali pun susah datang ke surau datang sembahyang zohor jemaah. semua wajah tu gua kenal.. dan ada wajah yang pernah hambat gua time gua buat umumi gasht. gua senyum. gua senyum. dan gua senyum... eh! ada wajah femes kat surau ni. gua hulur tangan jabat salam. ada umarak datang. YB Tengku Adnan Tengku Mansor. patut lah.
baru gua ingat... pagi tadi ada program kat kejiranan gua. gua tak ingat nama program tu.. jenuh bersama rakyat kot. heh..!! heh!!
sembahyang @ solah adalah perintah Allah yang terpenting selepas iman. semua hukum dan perintah Allah turun melalui perantaraan Jibrail a.s. tapi untuk perintah sembahyang, Allah swt telah jemput Nabi saw ke sidratul-muntaha untuk terima perintah sembahyang. hebat perintah sembahyang ni sehingga Nabi saw beritahu sembahyang ini ibarat kepala kepada badan. tak pernah dalam hidup gua terserempak manusia hidup yang boleh berjalan tanpa kepala. dengan sembahyang, kata ustaz gua... kita boleh berhubung terus dengan Allah. dengan sembahyang kita boleh tarik nusrah dan rahmat Allah. kita bukan hanya nak sembahyang bila umarak datang.
5 comments:
jenoh bersama rakyat....mak ai....sham...lu kat mana skang?/baru dpt trace....
wakka wakaka
as.kum brader sham tak ingat saya ke...wat usha kat tmn sri raya dgn farouk dan nizam skali...camne skrg ? masih wat usha ke atau dah sejuk...ha2...tak sangka jumpa kat sini...maila bentuk jemaah datang serawak...
betul...anak baru nak masuk 4..bila agaknya bleh dengar bayan tuan yg banyak roh...
salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..
Post a Comment