PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Saturday, September 9, 2017

PRU14 Dah Dekat

1991... waktu cuti semester.. En Manap Adun Sungai Petani panggil pi rumah. Ada mesyuarat bola. Ajak kawan² sekali. Lepas main bola... ada yang sampai tak semayang maghrib teruih pi rumah En Manap. Kami pakat²... kita mintak jersey adidas germany ataih sampai bawah. Semua dok sibuk tulih nama dgn saiz baju seluarq dan kasut bola. Kami tunggu kat beranda rumah Dato Manap. Tak lama lepaih tu... bini dia mai bawak cok kodok dgn ayarq kopi. Dok tak dok.. mai pulak bini dia sekali lagi bawak sebakoi borang. Ni borang ameno dgn borang daftar mengundi. Hangpa isi yang ni dulu. En Manap habarq mesyuarat bola kita buat len kali. Mau tak mau kami isi. Dan sampai la ni jersey adidas germany tu kami tak dapat.
Sebab gua kena tipu... pasai tu la gua tak pi mengundi sampai la ni. Padan muka Manap kena tipu balik dgn gua.
Cuma nak mintak pendapat sikit... gua nak terus menipu ka... stop menipu???

Read more...

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP