PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Sunday, February 28, 2010

TiGa HaRi, SyiaH dan Gua

gambar di ambil dari surau.
februari dah nak abis. kalau tak 'tiga hari'... gua akan gigit jari. dengan rahmat dari pemberi rahmat, gua dapat tersumbat di celahan pakar-pakar bayan dan pencacai si pembasuh mangkuk dan pinggan. siapalah gua untuk buat kerja yang tinggi ni. kerja warisan nabi-nabi untuk belajar iman memekar dalam hati. dalam setiap hati-hati umat ini.

selepas mendengar nasihat tentang bagaimana kerja ini perlu dibuat.. gua pun rempit ke tempat yang diputuskan. desaminium flora seri kembangan. kawasan berpagar dengan bangunan kediaman setinggi lima belas tingkat. majoriti penghuninya adalah rakyat asing dari iran, somalia, nigeria, pakistan yang rata-ratanya adalah pelajar sarjana muda, ijazah sarjana, sarjana dan sarjana ana dah kena. suraunya terletak jauh dari kediaman dan gerbang utama supaya banyak langkah dapat diatur untuk ke surau atau supaya azan tidak mengganggu penghuni di sini melayan segala mak nenek aktiviti seolah hidup tak ada mati.

hari pertama... selesai maghrib, surau ini tiba-tiba diserbu oleh gerombolan lelaki tidak berkopiah dan wanita bertudung. gua difahamkan, surau ni memang dah jadi tempat iranian bermazhabkan syiah menunaikan solah mereka. depa ni cuma sembahyang tiga waktu sehari. subuh, zohor asar combine, magrib isyak combine untuk seluruh hayat mereka. majlis fikir has been conveyed in english untuk maksud beberapa orang tempatan dari kalangan rakyat asing yang berjaya dicekup dapat faham. sementara itu.. geng2 iran ni sibuk dok atur batu-batu kecil di tempat sujud di sebelah kiri surau memandangkan geng kami dah konker kawasan tengah. ritual sembahyang depa yang pelik ni buat gua tak boleh tahan mata gua untuk tengok walaupun telah dipesan oleh ketua supaya jangan tengok.

hari kedua... depa tak mai. cuti kot

hari ketiga... depa sampai agak lewat sikit. gua yang dah selesai solat sunat maghrib cari sudut. gua snap! peliknya depa cuma mai time maghrib, subuh tak dak pulak.

gua snap dari luar surau.


batu tempat sujud yang tertinggal dalam surau

gua bukan terrer tapi bila matinya ayatullah khomeni, hadrat innamul hassan bagitau, telah mati salah satu dari dajjal. pasal mazhab syiah ni.. hangpa tanya ustaz-ustaz hangpa. dari apa yang gua tahu.. ada dari syaih ni yang angkat saidina ali sebagai nabi. ada tambahan dalam azan depa. dari apa yang ustaz gua bagitau, amalan mereka adalah batil dan sesetengah ulama menghukum kafir. bila depa dengarq nama abu bakar mereka akan kata 'laknatullah' sedangkan as-siddiq ini telah dijamin syurga sewaktu beliau masih hidup lagi.

khulasah gua: bila 'hak' masjid dan surau tidak dibuat, batil akan masuk.

6 comments:

ابن زين الرمباوي February 28, 2010 at 2:44 PM  

nauzubillah...depa dah bawak banyak dakyah depa sini...hidayat..

azharjaafar February 28, 2010 at 10:52 PM  

Tu batu karbala.. kata maulana (nama dirahsiakan) Sri Petaling, antara amalan diorang yang maulana nampak kat Pakistan adalah salam berantai lepas solat.. wallahua'lam..

arOt March 1, 2010 at 2:29 AM  

bro azhar,

salam berantai tu kiranya salam dari satu hujung ke satu hujung? mcm kebiasaan org2 melayu buat di surau2?

ibnu dinar March 16, 2010 at 2:44 AM  

gua dkt 3 bln campur depa kt atas kapal iran, xde masalah... depa hormat kita bila kita buat amalan yg benar mengikut sunnah..

Anonymous,  June 26, 2011 at 6:28 AM  

Tu tanah le ..bukan batu...banyak fitnah kamu buat kat syiah..Syiah tak sujud atas batu karbala...mana hang dapat informasi ni? Lemah betul akal kamu...syiah mana pulak yang angkat saidina ali jadi nabi? Azan tambahan pun pelik? Azan subuh kamu tu tak ada tambahan ke? kalau syiah kafir macam mana boleh dibenarkan tunai haji? Boleh ke orang kafir masuk masjidil haram? TOlong sikit fikir bro...jangan main hentam je...nanti nampak sangat kebodohan anda...

ORLANDO AHMAD September 9, 2011 at 7:56 PM  

anon : kamu ni cakap macam orang tak belajar langsung. kamu malas belajar sedap2 nak kondem2 orang


syiah satu agama, bukan mazhab, jadi mereka kafir...

sekian...

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP