PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Tuesday, August 30, 2011

Ketupat Rendang Tak Berbuah: 2 Syawal Di Putrajaya.

Gua jengah keluar tingkap. Dari tingkat enam, gua nampak lebih dari enam. Lebih dari enam biji kereta pegun terus static dalam kekotak parking. Tuan empunya kekereta ni la ni mungkin dok tengah belasah lemang dan ketupat kat kampong.


Tak lah!

Gila ka depa nak balik kampong jalan kaki! Ni bukan zaman Putra Chendana Negeri Aman Sentosa. Ni zaman millennium. Depa ada kereta sebijik atau enam tujuh bijik lagi. Yang tertinggal tu lebihan sebab tak cukup drebar.

Hasrat nak pekena ketupat kat rumah Dato Najib dah terbantut. Gua tibai tat nenas setengah balang. Gua malas nak cerita kisah terbantut. Takut batal pulak sisa-sisa semangat raya gua.



Gua kreatifkan minda gua. Gua tanak maggi yang paling bodoh dalam sejarah peradaban tamadun manusia. Dengan kekuatan minda, gua belasah dengan membayangkan yang gua sedang menghayati rendang yang terhebat dalam abad ini. Lima sederet gua terus dengan biskut oreo, chips more dan bebiskut yang sewaktu dengannya.

 


Lepas isyak depa main bunga api. Gua mati kutu. Tangan gua asyik dok menekan remote control astro yang hanya berfungsi 34 peratus. Kalau tak salah… ni remote yang ke 118 sejak gua melanggan astro. Tak satu channel pun yang dapat bertahan lebih dari dua belas saat. Gua tekan dan terus tekan!!!!! Lutut gua terasa ringan nak men’TOMOI’kan skrin 21 inci tv jenis tebal tu.



Nuuunnn. Wal kholami wama yas turuuun. Gua ajarq Nur Muhammad Uwais Asqolani Qhazi Al Ayaz Al Wadud mengaji. Semoga besarq nanti jadi hafiz dan alim. Amin.











SELAMAT HARI RAYA MALAYSIA. SELAMAT HARI RAYA DUNIA!!









Read more...

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP