PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Sunday, February 14, 2010

entah ber-entah......

laillaha ~ tidak akan berlaku, tidak akan terjadi, dari mana-mana makhluk.
illallah  ~ semua yang terjadi, semua yang berlaku, adalah dari Allah pencipta makhluk.

dalam kebanyakan kadang yang selalu terkadang dalam diri gua, gua sering terlupa untuk bercakap tentang kehebatan, kebesaran, ketinggian Allah yang telah menciptakan gua dan seluruh makhluk. bila gua tengok bola... gua cerita pasal bola. bila gua tengok bangunan tinggi... gua cerita pasal hebat kekepala hotak memereka yang mereka-cipta bebangunan tinggi tuh. pesan orang lama... hari, hari, hari, hari, hari, dan selagi ada hari kita kena bercakap, bercerita, mendengar, melihat dan berfikir dengan kehebatan Allah supaya kebesaran Allah masuk dalam hati. kita kata... Allahlah yang menciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Allahlah yang mencipta semua yang ada. Semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. tapi... tersembunyi dalam hati gua, masih ada yakin yang tak betul. masih ada yakin pada ringgit. masih tidak ada yakin dengan janji-janji Allah dalam perintahNya.

Sekali... kereta bini gua rosak. tak boleh gerak. enjin tak nak mengaum badak. dalam hati pun berbalah... how to solve the masalah. dua rakaat solah atau terus talipon mekanik yoep hamzah...

2 comments:

zarch February 14, 2010 at 1:36 PM  

Benar kata tuan, baru ni pun, Syeikh Mulla dari Emirate ada hadir Istima disini, dia bagitahu, malaikat hanya isbat tetapi insan kena nafi/isbat, yang mana malaikat hanya tahu mengagungkan Allah, tetapi insan, pertama kena nafi segalanya, nafi kebesaran mahluk, Laila - kemudian isbatkan keagungan Allah - illallah.

- Hari ini ramai majnun kerana laila dunia, sedangkan laila dunia tak pandang dek pada majnun...tapi bila majnun lari pada akhirat, laila dunia pula terkejar-kejar...he he he..ini versi bayan saya pulak...

Admin February 19, 2010 at 8:56 AM  

la... tak perasan. laila tu la-ila.

KiLaT~ lariii.....!!!

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP