PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Thursday, April 4, 2013

Gua tak perlu masuk bertanding untuk dapat sebuah kerajaan. Dari tangan kanan gua akan hadir sebuah kerajaan dan sebuah mahkota kemuliaan akan di letakkan di atas kepala gua. Dari tangan kiri gua, gua akan dapat jaminan keselamatan buat selama-lamanya. Abadan abada.. ever lasting never ending. Tak ada sapa-sapa pun bulih ambik kerajaan gua nie. Gua akan dipakaikan pakaian kemuliaan yang sempurna. Pakaian yang berharga yang tiada bandingan dengan seluruh pakaian yang berharga dalam muka alam ni. Darjat gua akan terus naik tingkat demi tingkat sampai ke tingkat yang paling tinggi.

Bukan gua saja boleh... korang pun boleh jugak. Tak payah nak isi borang masuk bertanding dalam PRU13 nie.

Apa yang gua dan korang perlu buat ialah buat usaha untuk jadi orang Al-Quran.

~KiLaT~ Rujuk hadith riwayat Tirmizi dan Ahmad.

0 comments:

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP