PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Thursday, January 21, 2010

no class... janji sampai


first class dah penuh!
second class?? penuh jugak!!
third class??? pun dah penuh!!!
abih macam mana? ada lagi ka lepaih nie?? dah tak dak... ni yang last sekali!

gua nak sampai jugak. kalau terlepas peluang ni.. abis lah gua. gua kena pegang kuat-kuat.

~KiLaT~ tamassaku biha, wa'addu alaiha.

Read more...

Sunday, January 17, 2010

dalam peta dunia


dalam peta dunia.. di hujung sana.., ada gempa. datang keputusan untuk ribuan. buat renungan jutaan. dalam peta dunia.. bersepah umat yang lupa kiamat. dalam peta dunia... berselerak umat lupa akhirat.

dalam peta malaysia... rakyat telingkahnya kalut. dalam peta malaysia... pemimpin akalnya berserabut. dalam peta malaysia... suara bicara siapa yang patut. kalimah direbut... ???

tapi terperosok di celahan dunia. ada fikir bagaimana. ada gerak ada kerja. tanpa mahsyur bersohor. risau dan runsing berpusing. di seluruh peta dunia.

Read more...

Tuesday, January 12, 2010

KOLKATA OH CALCUTTA


Kolkata yang kalut. Bunyi hon setiap kenderaannya kalut sahut menyahut. Ambassador si teksi kuning memonopoli  di setiap jalan dan lorong yang sibuk. Tidak seperti Chennai yang dimaharajai oleh 'auto' roda tiganya.. Ambassador si teksi kuning lebih banyak mengisi jejalannya Kolkata. Lanca yang berkuasa manusia juga turut terlibat menyibuk di sini. Berkasut atau tidak bukan hal yang besar... janji kalut, janji sibuk. Menyelit tapi tak merempit dan hanya hon yang bersuara berselerak memekak tanpa maki hamun dari pemandunya. Unik... itu yang kerap terbisik oleh hati aku. Sesekali tiba raja segala raja trafik... tram dua gerabak dari besi padu lagi mampat. Semampat penduduknya yang tidak membiarkan ruang kosong tidak terisi. Dari Netaji Subhash Candra Bose International Airport aku menghirup udara berdebu menyelinap di celahan segala mak nenek kenderaannya Kolkata dengan sekali sekala yang terlalu kerap buat kaki aku terangkat seolah mengelak walaupun tidak ada manafaatnya lansung kerana aku bukan pemandu Ambassador si teksi kuning yang membawa aku ke Coolotola Masjid. Aku senyum sendiri.


Aku tak tahu bagaimana bentuk ujian untuk lesen memandu di sini. Kalau akulah pemandu... munkin aku akan kaku terpaku.


77 Maulana Shawkat Ali Street Colootola Masjid menyambut dengan ikram dan khidmat. Banyak yang aku berlajar tentang memuliakan tetamu di sini. Masjid empat tingkat yang purba wala memperlihatkan kepada aku istimewanya sifat.. hebatnya khidmat. Kalau di Malaysia... seni bina masjid yang menjadi keutamaan, tapi di sini... bagaimana amal-amal masjidnya dapat berlangsung setiap saat menjadi tanggungjawap. Dan aku bersyukur sambil melihat putih bajuku mulai kelabu, telapak kaki menjalar garis-garis hitam. Dan aku bersyukur sambil menyisir rambutku yang mulai keras seolah disapu bahan pengeras rambut.

Read more...

Wednesday, November 25, 2009

Jangan Halang Nik Aziz Letak Jawatan


tajuk dan gambar kat atas ni tidak kena mengena dengan entri aku kali ini. aku cuma tertarik dengan perkataan 'letak jawatan'. sedar tak sedar... setiap kita sebenarnya adalah berjawatan. jawatan sebagai umat Nabi SAW. dan jawatan ini tidak perlu kepada platform-platform politik dan segala mak nenek yang lain. tidak perlu kepada harta, pangkat dan sebagainya. jawatan sebagai umat ini sangat-sangat tinggi dan tak perlu pengiktirafan seluruh makhluk Allah. dan meletak jawatan sebagai umat Nabi SAW adalah satu kerugian. seharusnya... satu keterujaan yang melompat-lompat perlu hadir dalam diri bila kita dianugerahkan jawatan ini.. kerana jawatan ini ada kerja yang perlu dibuat

~KiLaT~
dah lama dok kutip buah anggur

Read more...

Tuesday, November 17, 2009

kosong


hijau putih kata kosong. merah putih kata tak kosong.
hashim kata kosong. halim kata tak kosong.
ba kata kosong. bn kata tak kosong.
mahkamah kata kosong... spr melohong???
gua bengong!!!

KiLaT
poket gua semedang kosong

Read more...

Saturday, November 14, 2009

karim


kalau tak ada mulut dan lidah, hidup memang susah. macam mana nak maki Haram Jadah??? macam mana nak zikir ALLAH... ALLAH..?? tapi ada yang bermulut dan berlidah tapi masih tak boleh nak menyumpah seranah. tapi mereka masih ada tangan untuk melucah. Gua sebenarqnya saja-saja nak mengarut sebab pikiarq la ni dah berserabut. apapun... gambarq mulut, gigi dan lidah buat gua teringatkan Karim.

Read more...

Friday, November 6, 2009

MALAYAKU MERIAH


malaya gua kecik. tak besarq mana pun. tapi melaya gua tetap meriah. meriah yang sama. cerita politik bertelingkah. MCA kucalana. PAS tiba-tiba lemas. PKR asyik berputar. UMNO everything know. Islam di malaya gua bergaduh tuduh menuduh.

-KiLaT-
mungkin estet mamat khalid boleh buat gua lupa malaya gua buat seketika.

Read more...

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP