PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Friday, April 26, 2013

Tiga Kisah Hari Jumaat


Kisah Satu:
Ku Halim: Dah scan tadi.. jantan!
KiLaT: Syukur allhamdullillah..
Ku Halim: Syor kat gua satu nama.
KiLaT: Lu nak nama macam mana?
Ku Halim: Gua kalu bulih nak nama yang menggambarkan perpaduan ummah. Lu kan bab nama-nama ni terrer..
KiLaT: Emm.. Ku Adnan Al Husam Bin Ku Halim.
Ku Halim tengok gua.. gua terus sedut Sampoerna hijau sambil memandang bendera besarq di hujung simpang.


Kisah Dua:

 Huih... Husam nak mai sembahyang Jumaat kat Masjid Besi.
Gua buat persiapan... kurta putih, kain pelikat terbaik dari ladang, kopiah reggae dan atar terwangi. Gua tengok cermin.. sama ja macam minggu lepas. Dalam perjalanan gua nampak pengantin cina dok berposing ambik gambar kat jambatan seri wawasan. Cukup berwawasan si tukang ambik gambarq dan si tukang kena ambik gambarq. Huih.. dah azan. Kereta bersusun lagi nih. Terlopaih qob'liah jumaat gua...... Akhirnya gua dapat mempakirkan 'azura' bukan milik zek ni dengan gaya yang paling gangster dopan masjid besi. Cari tompat.... Dah separuh khutbah. Khatib menyentuh hal-hal menjaga perpaduan ummah dalam negara demokrasi. Khatib sedikit tersekat-sekat bila menyampaikan kepentingan menjaga hubungan sesama Islam dan sebak khatib tu gua rasa bukan lakonan. Bila ada risau.. pasti Allah hadirkan sebak tu. Dan rasa itu hidup seperti kata kawan karib gua. Lepas bagi salam, gua ringkaskan zikir dan doa gua.. takut ada gangter lain apa-apakan 'azura' gua. Niat nak tengok Husam gua lepaskan. Buat masa ni gua lebih sayangkan 'azura' gua. On the way ke 'azura' gua, gua dapat surat khabar free dua keping dari dua jenama berbeza. Banyak nak kena baca tu.. walhal pagi tadi Quran gua tak sampai satu ain. La... mai mana pulak ni.. rombongan amoi-amoi cina berbaju merah dok punggah kotak ayarq mineral betul di belakang buntut 'azura'. Gua tak paham dan gua tak berminat untuk paham.
 
Kisah Tiga


PUTRAJAYA, 26 April — Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia II Datuk Saharuddin Ibrahim ditembak mati di Putrajaya hari ini, kata polis.
Laporan media menyebut lelaki bersenjata menaiki motosikal menembak Shaharuddin kira-kira jam 8.40 pagi di Leboh Wawasan yang datang dari Dengkil.
Terkezut gua.. dalam dok sibuk depa dok gantung bendera sampai balik lewat pagi tiba-tiba ada berita macam nie.. gua ingat Putrajaya bandar paling selamat dalam dunia pasai gua dah lapan kali kena tahan dekat apartment gua bila balik jam 3 pagi oleh polis yang sama. Soalan yang sama dia dok tanya... 'Encik duduk sini ke?'. Nak je gua seligi.. dah tujuh kali hang tanya dah tujuh kali gua bagitau... Hah... sibuk gua dok bergoblog nie sampai lupa gua kena pegi KLIA. Ambik nak gua balik dari Cyprus. Cis... dah lambat nie.
 
 
 

0 comments:

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP