PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Tuesday, May 18, 2010

betoi, tak betoi. halal ka haram..

kenduri rumah ngah sa'adiah.
'ngah nak masak apa?'.
'kambing gurun tu ada tiga ekorq. ngah ingat.. ngah nak tumbangkan semua, buat gulai kawah. pas tu kita camporq dengan daging babi satu tahil, baru sedap!'
'boleh ka ngah?'
'tak pa kot... sikit ja.'
tu ceritera merapu gua. gua reka tak dak kena mengena dengan sapa-sapa yang pernah idup atau pernah mati kat muka alam ni. dulu.. waktu gua terkembara kat tanah hong-kong, gua dok melilau cari kedai makan halal. ada budak local bagi tau... gua kena turun kat tsim sat tsui. kat situ banyak. betoi kata budak tu. gua terjah satu kedai indonesia kat bawah tanah. gua oder nasi goreng yang menduduki ranking keseribu tiga belas dalam carta dunia. gua bedal.. tanda 'halal food' tu buat gua tibai sampai licin. ops..! gua lupa mintak ayarq. gua buka freezer.. gua ambik satu tin carlsberg. 'ni halal ka?'. 'indonesia halal.' kata mamat indon tu. gua sesak nafas. sesak nafas macam tengok drama berlambak siri indon kat tv3.

brader.. jom ikut gua pi masjid negara nanti. ada kenduri ka? soalan blur dari gua. no lah.. kita join tunjuk perasaan. depa nak bantah judi bolasepak piala dunia. judi tu haram! kita kena bantah bro. semangat betoi mamat ni. gua rasa macam nak angkat pedang dan libas apa yang patut dengarq kekata semangat mamat ni. ya lah... kita kena betoikan keadaan. jom kita guna cara yang kita anggap betoi ni untuk betoikan apa yang tak betoi. tapi kata otai yang pernah menjadi kenalan gua.. diri akan betoi bila iman kita betoi. iman yang betoi akan betoikan diri dan seluruh kehidupan. dengan iman yang betoi, kita dapat tarik nusrah dan bantuan Allah. Nabi ajarq sahabat untuk buat amal yang betoi dan bina iman yang betoi sehingga Allah buat keputusan bahawa tidak ada zaman yang lebih baik dari zaman nabi dan para sahabat. so.. gua bantutkan niat gua nak pi masjid negara. gua nak tanya ustaz gua pasai amal bertunjuk perasaan ni.

awal 90an dulu... gua selalu lepak kat dayabumi. gua jerit sajak sambil mengharapkan jatuhan syiling sekupang dua dari memereka yang lalu lalang depan gua.

betui....
tak betoi.....
betoi-betoi tak betoi....
tak betoi-betoi...
tak betoi, betoi yang tak betoi..
betoi ka tak betoi?
tak betoi ka betoi?

tiga ringgit dua kupang lima duit. okeh la. gua nak blah. apa yang betoi, apa yang tak betoi? tanya satu mat gian yang dari tadi dok jeling gua kutip duit syiling. entahlah brader... jawap gua gaya meleret.. gua blah.

Read more...

Tuesday, May 11, 2010

PDRM Vs PRDM ?

apa pendapat abang pasal kes-kes polis tembak remaja bebaru ni? tetiba saja satu soalan menerjah gua selepas jabat salam dengan seorang kenalan yang tak berapa gua nak kenal minggu lepas. tergumam jugak gua. gua pun bukan ikut sesangat cerita tu. tau sikit-sikit jer... tu pun dari sesembang geng surau gua lepas sembahyang isyak. cuma... kalau negara ni tak dak polis macam mana ha? sapa nak tangkap geng jahat. sapa nak cekup mat rempit yang dok buat bising jam tiga empat pagi? macam-macam lagi lah!!!

mungkin negara ni boleh tak ada polis bila semua orang jadi baik. tak da lagi yang teringin nak buat jahat. semua orang ikut peraturan... tak langgar lampu merah. bila mana umat ini ambik balik tanggungjawap sebenar, mungkin pekara ini Allah zahirkan.
Tanggungjawap membawa umat ni kembali kepada usaha yang hak. Kembali kepada usaha atas iman. Kata orang alim... selesaikanlah masalah kamu dengan iman dan jalan ibadat.

~KiLaT~ pada mamat yang sibok dok tanya gua... gua jawap dengan nada yang tak serius... PDRM kena tukarq jadi PRDM. apa tu bang? tanya dia lagi. Polis Raja Di Malaysia, jawap gua dan gua terus blah.

Read more...

Sunday, February 28, 2010

TiGa HaRi, SyiaH dan Gua

gambar di ambil dari surau.
februari dah nak abis. kalau tak 'tiga hari'... gua akan gigit jari. dengan rahmat dari pemberi rahmat, gua dapat tersumbat di celahan pakar-pakar bayan dan pencacai si pembasuh mangkuk dan pinggan. siapalah gua untuk buat kerja yang tinggi ni. kerja warisan nabi-nabi untuk belajar iman memekar dalam hati. dalam setiap hati-hati umat ini.

selepas mendengar nasihat tentang bagaimana kerja ini perlu dibuat.. gua pun rempit ke tempat yang diputuskan. desaminium flora seri kembangan. kawasan berpagar dengan bangunan kediaman setinggi lima belas tingkat. majoriti penghuninya adalah rakyat asing dari iran, somalia, nigeria, pakistan yang rata-ratanya adalah pelajar sarjana muda, ijazah sarjana, sarjana dan sarjana ana dah kena. suraunya terletak jauh dari kediaman dan gerbang utama supaya banyak langkah dapat diatur untuk ke surau atau supaya azan tidak mengganggu penghuni di sini melayan segala mak nenek aktiviti seolah hidup tak ada mati.

hari pertama... selesai maghrib, surau ini tiba-tiba diserbu oleh gerombolan lelaki tidak berkopiah dan wanita bertudung. gua difahamkan, surau ni memang dah jadi tempat iranian bermazhabkan syiah menunaikan solah mereka. depa ni cuma sembahyang tiga waktu sehari. subuh, zohor asar combine, magrib isyak combine untuk seluruh hayat mereka. majlis fikir has been conveyed in english untuk maksud beberapa orang tempatan dari kalangan rakyat asing yang berjaya dicekup dapat faham. sementara itu.. geng2 iran ni sibuk dok atur batu-batu kecil di tempat sujud di sebelah kiri surau memandangkan geng kami dah konker kawasan tengah. ritual sembahyang depa yang pelik ni buat gua tak boleh tahan mata gua untuk tengok walaupun telah dipesan oleh ketua supaya jangan tengok.

hari kedua... depa tak mai. cuti kot

hari ketiga... depa sampai agak lewat sikit. gua yang dah selesai solat sunat maghrib cari sudut. gua snap! peliknya depa cuma mai time maghrib, subuh tak dak pulak.

gua snap dari luar surau.


batu tempat sujud yang tertinggal dalam surau

gua bukan terrer tapi bila matinya ayatullah khomeni, hadrat innamul hassan bagitau, telah mati salah satu dari dajjal. pasal mazhab syiah ni.. hangpa tanya ustaz-ustaz hangpa. dari apa yang gua tahu.. ada dari syaih ni yang angkat saidina ali sebagai nabi. ada tambahan dalam azan depa. dari apa yang ustaz gua bagitau, amalan mereka adalah batil dan sesetengah ulama menghukum kafir. bila depa dengarq nama abu bakar mereka akan kata 'laknatullah' sedangkan as-siddiq ini telah dijamin syurga sewaktu beliau masih hidup lagi.

khulasah gua: bila 'hak' masjid dan surau tidak dibuat, batil akan masuk.

Read more...

Saturday, February 20, 2010

bila umarak datang...

cuti hari sabtu... fuih...!! zohor dua saf! jerit gua dalam hati. dah lapan tahun gua kenal surau gua ni, bulan posa pun susah nak dapat full satu saf bila sembahyang zohor. gua pun terus masbuk (iman lemah.. tak dapat takbiratul-ula). lepas doa.. salam pusing. gua tengok memuka yang setahun nak dapat sekali pun susah datang ke surau datang sembahyang zohor jemaah. semua wajah tu gua kenal.. dan ada wajah yang pernah hambat gua time gua buat umumi gasht. gua senyum. gua senyum. dan gua senyum... eh! ada wajah femes kat surau ni. gua hulur tangan jabat salam. ada umarak datang. YB Tengku Adnan Tengku Mansor. patut lah.
baru gua ingat... pagi tadi ada program kat kejiranan gua. gua tak ingat nama program tu.. jenuh bersama rakyat kot. heh..!! heh!!

sembahyang @ solah adalah perintah Allah yang terpenting selepas iman. semua hukum dan perintah Allah turun melalui perantaraan Jibrail a.s. tapi untuk perintah sembahyang, Allah swt telah jemput Nabi saw ke sidratul-muntaha untuk terima perintah sembahyang. hebat perintah sembahyang ni sehingga Nabi saw beritahu sembahyang ini ibarat kepala kepada badan. tak pernah dalam hidup gua terserempak manusia hidup yang boleh berjalan tanpa kepala. dengan sembahyang, kata ustaz gua... kita boleh berhubung terus dengan Allah. dengan sembahyang kita boleh tarik nusrah dan rahmat Allah. kita bukan hanya nak sembahyang bila umarak datang.

Read more...

Sunday, February 14, 2010

entah ber-entah......

laillaha ~ tidak akan berlaku, tidak akan terjadi, dari mana-mana makhluk.
illallah  ~ semua yang terjadi, semua yang berlaku, adalah dari Allah pencipta makhluk.

dalam kebanyakan kadang yang selalu terkadang dalam diri gua, gua sering terlupa untuk bercakap tentang kehebatan, kebesaran, ketinggian Allah yang telah menciptakan gua dan seluruh makhluk. bila gua tengok bola... gua cerita pasal bola. bila gua tengok bangunan tinggi... gua cerita pasal hebat kekepala hotak memereka yang mereka-cipta bebangunan tinggi tuh. pesan orang lama... hari, hari, hari, hari, hari, dan selagi ada hari kita kena bercakap, bercerita, mendengar, melihat dan berfikir dengan kehebatan Allah supaya kebesaran Allah masuk dalam hati. kita kata... Allahlah yang menciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Allahlah yang mencipta semua yang ada. Semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. tapi... tersembunyi dalam hati gua, masih ada yakin yang tak betul. masih ada yakin pada ringgit. masih tidak ada yakin dengan janji-janji Allah dalam perintahNya.

Sekali... kereta bini gua rosak. tak boleh gerak. enjin tak nak mengaum badak. dalam hati pun berbalah... how to solve the masalah. dua rakaat solah atau terus talipon mekanik yoep hamzah...

Read more...

Thursday, February 11, 2010

kalau hangpa tak mau...

gua agak bangga sebab duduk kat putrajaya nih. gua bangga bukan pasal ramai orang bangla kat flet hijau presint 9. gua juga tak bangga dengan cerita tok guru ajaran sesat kena cekup kat presint 17 bebaru ni. gua bangga sebab kat sini ada dua masjid antara tercantik dalam malaysia. masjid putra dan yang terbaru masjid besi. bangga beb!! tujuh lapan tahun lalu... bila balik kampung, musti ada yang sibuk dok tanya pasal masjid kat putrajaya ni. nak-nak pula sekarang dah ada masjid besi. sampai nak lembik gusi gua bila cerita pasal masjid besi.
satu hari dengan sengaja gua yang tak dak kerja ni pergi melepak depan masjid putra. gua tengok ada mak-mak dok sibuk melayan anak-anak main basikal depan dataran masjid (masjid putra). bapak-bapak pula dok sibuk ulang baca surat khabar dengan muka tension. bila time azan.. gua tengok hanya pelancong jepun, china, korea dan nenegara lain yang bukan malaysia yang sibuk pakai jubah pelancong untuk masuk ke dalam masjid. bapak-bapak tadi transfer muka tension ke muka mengantuk. mak-mak pulak masih selamber bersenda gurau dengan anak-anak kecik yang masih belum dikira dosa dan pahala. aktiviti dating sang teruna dan si dara terus berlangsung tanpa iklan tv datang mengganggu. kalau kita tak mau makmurkan masjid kita... Allah hantar orang kufar datang untuk makmurkan memasjid kita. mungkin untuk ajar kita... tapi kita masih tak belajar dari apa yang kita nampak. kalau nak tahu pasal amal-amal yang patut ada... bolehlah beli buku tulisan ustaz gunawan. gua pun belum beli lagi.
macam kalimah Allah... bila kita tak mau sibuk nak dakwah kalimah, orang kufar nak guna nak pakai kalimah Allah... time tu kita mulalah melenting. Jasbah pun mendidih. mana bulih...!! tapi kita lupa nak sedih. dakwah kalimah kita jarang nak kelih.

satu mamat duduk kat seremban dan dia kena masuk kerja kat kelana jaya jam enam pagi. setiap pagi jam empat dia dah bangun bersiap supaya tak terlepas bas yang datang jemput depan rumah jam empat setengah pagi. apasal dia bulih buat semua ni??? sebab dia dah buat keputusan.. itu tanggung jawap dia. kita pun kalu belum buat keputusan yang kerja agama tanggungjawap saya... segalanya akan jadi payah. jadi susah. berdiri rasa macam nak rebah. gua cakap untuk gua sendiri.

Read more...

Tuesday, February 9, 2010

ujian untuknya.. tak payah kita nak top-up

gua terkejut walaupun gua memang menjangkakan ada yang sedang berlaku. orang lama.. dah lebih 30 tahun terlibat dalam usaha. orang korban.. yang telah memberi banyak masa dalam kerja. gua terjumpa blog beliau yang menceritakan the true colours of tabligh jamat... dan gua terkedu. semoga Allah beri petunjuk pada gua dan umat ini. tak payahlah gua nak habarq alamat blog orang lama ni.. yang penting, kita sama-sama doa. kat bawah ni gua quote balik perenggan terakhir tulisan orang lama ni.

Therefore, I conclude that the present Tabligh Jamat is not the group that does the work of dakwah or tabligh and neither it is the group that do the work of Prophet Muhammad s.a.w, as the Tabligh Jamat claim to be. It is only one of the tarikat group developed by the Muslims in India and instead of calling it by the name of Tabligh Jamat, it should be better known as ‘IndiansTarikat Group’.

Read more...

Sunday, February 7, 2010

mahkamah Tuhan

dulu nama bangunan ni 'house of justice'. la ni dah tukarq ke 'istana kehakiman'. kat sini tempat orang salah disalahkan. tempat orang tak salah di'tak salahkan'. tempat orang salah di'tak salahkan'. tempat orang tak salah disalahkan. itu yang gua dengar dari beborak majmak kariah gua lepas isyak depan surau gua. gua angguk... dan sesekali gua gelengkan kepala. gua tak pasti kesahihan beborak tu sebab sanadnya dari memacam sumber. gua cuma nak iktilat jejiran gua ni. depan surau ni jadi tempat gua lepak sekali sekala.. dengarq beborak cerita politik sampai ke politeknik. kadang-kadang... bila gua ada keperluan lain lepas isyak, depa akan panggil... 'syeikh.. mai lah singgah dulu!!'. gua senyum senget sambil pegang perut. tapi kalaulah depa buleh ganti syeikh tu dengan nama gua kan best. lebih mesra alam. oitt.. gua dah termelalut dari niat asal gua. gua bukan nak story pasal aktiviti gua... gua cerita pasal mahkamah. mahkamah tuhan yang tidak ada kezaliman dan setiap jiwa akan diadili seadilnya. setiap uhhh dan ahhh akan disebut. setiap amal akan dibalasi. kat sana nanti... kita dah tak pakai lawyer yang nak bela kita. dikatakan seluruh amal kita akan terpampang untuk dilihat oleh umat dari Nabi Adam sampai bayi yang terakhir sekali hadir kat ataih muka alam ni. ada yang malu sampai luruh dedaging kat muka. hari yang menentukan where should we go next. Allahuakbar... ! gua hari2 buat salah. memang gua buang sampah dalam tong sampah... tapi banyak lagi tuntutan yang gua buat tak endah. banyak amal yang gua buat tak kisah dengan alasan payah. dan meninggalkan dakwah Illallah adalah kesalahan yang jarang kita perasan.

Read more...

Monday, February 1, 2010

lagi dan lagi...

kanan gua melangkah masuk lagi. lagi dan lagi. selagi bernadi... gua berazam untuk terus bergini. kanan gua akan melangkah masuk lagi dan kiri gua melangkah pergi. pergi dan berazam untuk kembali. pergi dengan berat hati. pergi dan meninggalkan hati gua di sini. gua terlalu ingin jadi seperti mereka yang telah pergi. pergi meninggalkan dunia yang sangat sementara ini. mereka yang menjulang tinggi agama ini. mereka yang berkorban seluruh harta dan diri. untuk umat ini sama-sama kembali... menemui Ilahi dalam keadaan diredhai.
pekara ini penting sekali. lebih penting dari belajar kat universiti atau menabur benih kat sawah padi. bagaimana iman dalam diri dapat ditingkatkan lagi. menjadi tinggi. pekara ini perlu peduli. agar tidak menyesal di akhirat nanti. iman perlu bercambah dalam hati. dalam setiap hati-hati umat ini.

Read more...

Thursday, January 21, 2010

no class... janji sampai


first class dah penuh!
second class?? penuh jugak!!
third class??? pun dah penuh!!!
abih macam mana? ada lagi ka lepaih nie?? dah tak dak... ni yang last sekali!

gua nak sampai jugak. kalau terlepas peluang ni.. abis lah gua. gua kena pegang kuat-kuat.

~KiLaT~ tamassaku biha, wa'addu alaiha.

Read more...

Sunday, January 17, 2010

dalam peta dunia


dalam peta dunia.. di hujung sana.., ada gempa. datang keputusan untuk ribuan. buat renungan jutaan. dalam peta dunia.. bersepah umat yang lupa kiamat. dalam peta dunia... berselerak umat lupa akhirat.

dalam peta malaysia... rakyat telingkahnya kalut. dalam peta malaysia... pemimpin akalnya berserabut. dalam peta malaysia... suara bicara siapa yang patut. kalimah direbut... ???

tapi terperosok di celahan dunia. ada fikir bagaimana. ada gerak ada kerja. tanpa mahsyur bersohor. risau dan runsing berpusing. di seluruh peta dunia.

Read more...

Tuesday, January 12, 2010

KOLKATA OH CALCUTTA


Kolkata yang kalut. Bunyi hon setiap kenderaannya kalut sahut menyahut. Ambassador si teksi kuning memonopoli  di setiap jalan dan lorong yang sibuk. Tidak seperti Chennai yang dimaharajai oleh 'auto' roda tiganya.. Ambassador si teksi kuning lebih banyak mengisi jejalannya Kolkata. Lanca yang berkuasa manusia juga turut terlibat menyibuk di sini. Berkasut atau tidak bukan hal yang besar... janji kalut, janji sibuk. Menyelit tapi tak merempit dan hanya hon yang bersuara berselerak memekak tanpa maki hamun dari pemandunya. Unik... itu yang kerap terbisik oleh hati aku. Sesekali tiba raja segala raja trafik... tram dua gerabak dari besi padu lagi mampat. Semampat penduduknya yang tidak membiarkan ruang kosong tidak terisi. Dari Netaji Subhash Candra Bose International Airport aku menghirup udara berdebu menyelinap di celahan segala mak nenek kenderaannya Kolkata dengan sekali sekala yang terlalu kerap buat kaki aku terangkat seolah mengelak walaupun tidak ada manafaatnya lansung kerana aku bukan pemandu Ambassador si teksi kuning yang membawa aku ke Coolotola Masjid. Aku senyum sendiri.


Aku tak tahu bagaimana bentuk ujian untuk lesen memandu di sini. Kalau akulah pemandu... munkin aku akan kaku terpaku.


77 Maulana Shawkat Ali Street Colootola Masjid menyambut dengan ikram dan khidmat. Banyak yang aku berlajar tentang memuliakan tetamu di sini. Masjid empat tingkat yang purba wala memperlihatkan kepada aku istimewanya sifat.. hebatnya khidmat. Kalau di Malaysia... seni bina masjid yang menjadi keutamaan, tapi di sini... bagaimana amal-amal masjidnya dapat berlangsung setiap saat menjadi tanggungjawap. Dan aku bersyukur sambil melihat putih bajuku mulai kelabu, telapak kaki menjalar garis-garis hitam. Dan aku bersyukur sambil menyisir rambutku yang mulai keras seolah disapu bahan pengeras rambut.

Read more...

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP