PinTu SeoRaNG Aku

Pintu itu aku buka di hujung gelisah. Kian tak terlerai pemenungan. Menangani keinsafan. Digugat bibir kepastian. Keluar aku dari diriku yang dahulu. Mencari aku yang lebih dahulu dari aku yang dahulu. Secangkir kepastian tumpah di kamar rasa. Segumpal kepastian larut di tasik minda. Mengharap menjadi yakin yang betul. Supaya aku tak terus samdol.

Aku kutip kenangan silam. Sewaktu aku adalah aku. Sewaktu aku bukan aku. Menatap yang dulu. Menghisap yang lebih dulu dari dulu. Semuanya sudah berlalu. Dan pada kisah mereka ada cerita cara. Supaya aku menjadi seperti mereka. Mereka yang telah berjaya. Dunia pernah di bawah tapak kaki... menjadi daki.

Thursday, January 21, 2010

no class... janji sampai


first class dah penuh!
second class?? penuh jugak!!
third class??? pun dah penuh!!!
abih macam mana? ada lagi ka lepaih nie?? dah tak dak... ni yang last sekali!

gua nak sampai jugak. kalau terlepas peluang ni.. abis lah gua. gua kena pegang kuat-kuat.

~KiLaT~ tamassaku biha, wa'addu alaiha.

Read more...

Sunday, January 17, 2010

dalam peta dunia


dalam peta dunia.. di hujung sana.., ada gempa. datang keputusan untuk ribuan. buat renungan jutaan. dalam peta dunia.. bersepah umat yang lupa kiamat. dalam peta dunia... berselerak umat lupa akhirat.

dalam peta malaysia... rakyat telingkahnya kalut. dalam peta malaysia... pemimpin akalnya berserabut. dalam peta malaysia... suara bicara siapa yang patut. kalimah direbut... ???

tapi terperosok di celahan dunia. ada fikir bagaimana. ada gerak ada kerja. tanpa mahsyur bersohor. risau dan runsing berpusing. di seluruh peta dunia.

Read more...

Tuesday, January 12, 2010

KOLKATA OH CALCUTTA


Kolkata yang kalut. Bunyi hon setiap kenderaannya kalut sahut menyahut. Ambassador si teksi kuning memonopoli  di setiap jalan dan lorong yang sibuk. Tidak seperti Chennai yang dimaharajai oleh 'auto' roda tiganya.. Ambassador si teksi kuning lebih banyak mengisi jejalannya Kolkata. Lanca yang berkuasa manusia juga turut terlibat menyibuk di sini. Berkasut atau tidak bukan hal yang besar... janji kalut, janji sibuk. Menyelit tapi tak merempit dan hanya hon yang bersuara berselerak memekak tanpa maki hamun dari pemandunya. Unik... itu yang kerap terbisik oleh hati aku. Sesekali tiba raja segala raja trafik... tram dua gerabak dari besi padu lagi mampat. Semampat penduduknya yang tidak membiarkan ruang kosong tidak terisi. Dari Netaji Subhash Candra Bose International Airport aku menghirup udara berdebu menyelinap di celahan segala mak nenek kenderaannya Kolkata dengan sekali sekala yang terlalu kerap buat kaki aku terangkat seolah mengelak walaupun tidak ada manafaatnya lansung kerana aku bukan pemandu Ambassador si teksi kuning yang membawa aku ke Coolotola Masjid. Aku senyum sendiri.


Aku tak tahu bagaimana bentuk ujian untuk lesen memandu di sini. Kalau akulah pemandu... munkin aku akan kaku terpaku.


77 Maulana Shawkat Ali Street Colootola Masjid menyambut dengan ikram dan khidmat. Banyak yang aku berlajar tentang memuliakan tetamu di sini. Masjid empat tingkat yang purba wala memperlihatkan kepada aku istimewanya sifat.. hebatnya khidmat. Kalau di Malaysia... seni bina masjid yang menjadi keutamaan, tapi di sini... bagaimana amal-amal masjidnya dapat berlangsung setiap saat menjadi tanggungjawap. Dan aku bersyukur sambil melihat putih bajuku mulai kelabu, telapak kaki menjalar garis-garis hitam. Dan aku bersyukur sambil menyisir rambutku yang mulai keras seolah disapu bahan pengeras rambut.

Read more...

TeNTaNG BLoG iNi

gua tak punya apa-apa kepentingan. suara gua di sini bukan azan. ajak manusia menjadi insan. gua juga tidak menyuruh hidup ber'setan'. suara gua biar pun perlahan... hanya satu dari beribu suara luahan terhadap kehidupan.

MaSa IBaRaT PeDaNG


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP